Kulit sensitif bukan sekadar tindak balas semata-mata. Ia adalah keadaan apabila kulit mudah merah, gatal, atau radang akibat persekitaran atau penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai. Keadaan ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja sama ada bayi dengan kulit lembut ataupun orang dewasa yang sering berdepan masalah kulit sensitif.
Faktor yang Menyebabkan Kulit Sensitif?
-
Sabun kuat, detergen, atau pewangi
-
Cuaca ekstrem (panas, sejuk, atau angin kencang)
-
Masalah kulit seperti ekzema atau rosacea
-
Stress dan cara hidup seharian
Gejala Umum Kulit Sensitif.
-
Kemerahan atau rasa panas pada kulit
-
Rasa panas, pedih, atau tegang pada kulit
-
Bahagian kulit yang kering atau mudah mengelupas
-
Reaksi terhadap produk penjagaan kulit atau kosmetik baharu
Penjagaan Kulit Sensitif.
-
Gunakan pembersih dan pelembap yang lembut serta bebas pewangi
-
Jangan kerap buat exfoliate atau guna skrub yang kuat pada kulit
-
Gunakan sunscreen yang lembut untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari
-
Cuba dulu produk skincare baru sebelum pakai sepenuhnya
Mengapa Penjagaan Kulit Secara Sangat Penting.
Penjagaan konsisten sangat penting untuk kulit sensitif bagi mengekalkan keseimbangan dan keselesaan. Dengan kaedah penjagaan yang betul, risiko flare-up dapat dikurangkan dan kesihatan kulit terjamin bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa.





